Monday, October 26, 2009

Aku,hujan,terowong moto dan fakulti

Hari ni merupakan hari yang sungguh mencabar bagi aku. Bukan mencabar ape pun, cuma semasa aku dalam perjalanan menuju ke Shah Alam, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. (Memang lebat sangat sampai visibility aku jatuh sehingga 50 meter sahaja.) Aku fikir adalah kurang waras sekiranya aku meneruskan perjalanan meredah hujan dalam keadaan motor aku yang serba kekurangan. Jadi aku pun membuat keputusan untuk berhenti sebentar di dalam terowong laluan motorsikal di Lebuh Raya Persekutuan.

Setelah mendapatkan 'port' yang baik, aku pun menanggalkan baju hujan untuk dikeringkan sambil menyalakan sebatang rokok untuk dihisap (ya,ya, aku tahu rokok membahayakan kesihatan). Kemudian mataku mula menular meneliti keadaan sekeliling di dalam terowong tersebut. Sedang aku melihat lantai, tiba-tiba mataku terpandang objek-objek kecil yang berada di atas lantai itu. Aku terkejut kerana objek-objek kecil itu adalah taburan paku-paku kecil yang aku rasa mampu untuk digunakan untuk memaku dan menyiapkan sebuah pondok kecil untuk orang berteduh ketika menunggu durian jatuh.

Hatiku berkata."Giler, ni paku ni ada kat sini sebab buruh-buruh yang buat terowong ini lupa nak sapu atau ini kerja orang-orang yang cuba mencari makan dengan menampal tayar motosikal yang pancit di tengah jalan?". Hishh! Bahaya sungguh. Nyaris tayar motorsikal aku nak kena paku. Kalau kena, mati la aku kat tengah jalan tuh. Dah la aku tidak cukup duit untuk menampal tayar kalau tiba-tiba bocor (untuk pengetahuan anda, kadar biasa untuk menampak tiub di bengkel moto adalah sebanyak RM10, tapi kalau anda menggunakan khidmat kutu tampal tayar ini, bayarannya akan meningkat sehingga 3 kali ganda iaitu sebanyak RM30).

Atas sebab ini lah aku tidak berapa gemar untuk menggunakan jalan motorsikal yang disediakan oleh pihak pengurusan Lebuh Raya Persekutuan kerana kebarangkalian untuk tayar motorsikal bocor akan meningkat sehingga ke 70 peratus angkara kutu-kutu tampal tayar ini menaburkan paku-paku kecil ditepi-tepi jalan. (Siut gle).

Ok,ok..kita sambung cerita aku tadi. Semasa aku tengah memikirkan betapa malangnya kalau sesiapa yang terkena paku-paku kecil itu, tiba-tiba aku terasa sejuk di celah kangkang aku. Setelah puas meraba kangkang sendiri, baru la aku sedar yang rupa-rupanya seluar aku basah sebab kena hujan. Jadi, aku pun cari la punca kenapa seluar aku tiba-tiba boleh basah padahal aku pakai baju dan seluar hujan. Rupa-rupanya, seluar hujan aku koyak. Cis, jadi, aku pun terus sibuk memikirkan macam mana aku nk keringkan seluar aku yang basah ini. (Dah la kesan basah itu betul-betul bole nampak sebab warna seluar jeans aku). Jadi, nak dipendekkan cerita, aku main belasah jer dengan seluar aku yang basah itu meredah masuk ke fakulti. (Nak hantar Akademik Exercise katanya).

Bersambung....

No comments:

Post a Comment